APA ITU KHAZANAH AUDIOVISUAL?
Warisan audiovisual merupakan khazanah penting negara yang perlu kita hargai, raikan dan pelihara kerana kepentingannya telah diakui di peringkat antarabangsa melalui program-program dari UNESCO khususnya. Dua program utama UNESCO adalah Memory of The World iaitu daftar warisan bagi mendaftarkan salah satunya warisan audio visual sebagai khazanah global/sejagat yang penting. Keduanya adalah Hari Warisan Audio Visual Sedunia yang disambut setiap 27 Oktober setiap tahun bagi meraikan khazanah warisan audio visual di seluruh dunia.
Pameran ini merupakan salah satu inisiatif dari beberapa pihak termasuklah Yayasan Hasanah, World Heritage Moving Image Centre (WHMIC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Memory of the World Committee for Asia and the Pacific (MOWCAP), dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM). Ia bertujuan untuk melestarikan apresiasi terhadap warisan audiovisual kepada masyarakat Malaysia yang dilihat amat rendah.
HUBUNGI KAMI
World Heritage Moving Image Centre
P P, 18-2, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q,
Alam Budiman, Seksyen U10
40170 Shah Alam, Selangor
+603-78323944