HARI WARISAN AUDIOVISUAL SEDUNIA 2020

Bersempena dengan Sambutan Hari Audiovisual 2020, WHMIC bersama rakan-rakan pelaksana yang lain telah melangsungkan Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2020 secara dalam talian yang bakal berlangsung pada 26 Oktober 2020 sehingga 1 November 2020. Ruang ini mendokumentasikan acara-acara yang telah dijalankan sepanjang tujuh hari festival.

HARI WARISAN AUDIOVISUAL SEDUNIA 2020 (HARI PERTAMA)

Hari pertama sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2020 dimulakan dengan tayangan dokumentari KHAZANAH DARI UTARA.

Dokumentari khas KHAZANAH DARI UTARA adalah sebuah dokumentari yang memaparkan usaha Universiti Utara Malaysia dalam memelihara koleksi audiovisual milik mereka untuk tontonan dan rujukan generasi akan datang. Ia meliputi rakaman sejak dari pembinaan kampus UUM di Sintok pada tahun 1980-an. Ini merupakan salah satu contoh yang baik bagaimana sesebuah organisasi menghargai warisan audiovisual untuk generasi akan datang.

01 isnin.jpg

MALAM PERASMIAN HARI WARISAN AUDIOVISUAL SEDUNIA 2020 (HARI KEDUA)

Perasmian Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2020 akan berlangsung malam ini dengan ucapan oleh rakan pelaksana dari UNESCO Jakarta, Memory of the World Committee for Asia and the Pacific, dan Arkib Negara Malaysia.

02 selasa.jpg

SESI PERKONGSIAN: PENCALONAN UNESCO MEMORY OF THE WORLD

Sesi Perkongsian: Pencalonan UNESCO Memory of the World

Screenshot 2020-11-03 at 9.46.26 AM.png

TAYANGAN KHAS KHAZANAH AUDIOVISUAL NEGARA (HARI KETIGA)

Tayangan Khas Khazanah Audiovisual Negara ini akan memaparkan empat koleksi audiovisual yang berada dalam simpanan Mediatheque FINAS dan merupakan bahan yang signikan kepada negara Malaysia. Mari saksikan bersama kami sempena Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2020.

03 rabu.jpg

MALAM PENGHARGAAN KHAS HARI AUDIOVISUAL SEDUNIA 2020 (HARI KEEMPAT)

Bersempena dengan sambutan Hari Audiovisual Sedunia 2020, penganjur berbesar hati menyampaikan penghargaan khas kepada individu yang memberikan sumbangan besar dalam bidang perfileman, khususnya dalam konteks yang menjadi agenda utama UNESCO dalam bidang perfileman dan warisan audiovisual.

Penghargaan khas ini adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan industri perfileman Malaysia yang lebih tertumpu menyampaikan anugerah khas kepada aspek penerbitan dan pembikinan filem. Secara umumnya penghargaan khas yang biasa diberikan terjurus ke dalam konteks industri perfileman dan bukan dalam konteks kebudayaan, warisan mahupun pendidikan yang menjadi agenda UNESCO.

04 khamis.jpg

FORUM: AUDIOVISUAL & MALAYSIA DI MEMORY OF THE WORLD

Forum: Audiovisual & Malaysia di Memory of the World

Screenshot 2020-11-03 at 9.54.25 AM.png

TAYANGAN DOKUMENTARI KUALA LUMPUR MENUJU UNESCO CITY OF FILM (HARI KELIMA)

Malam kelima sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2020 membawakan sebuah dokumentari yang diterbitkan khas sebagai usaha memulakan pencalonan Kuala Lumpur sebagai UNESCO City of Film, selari dengan cadangan UNESCO melalui dokumen UNESCO Country Strategy 2018-2021 bagi Malaysia. Selamat menonton.

05 jumaat.jpg

PELANCARAN BUKU KHAZANAH AUDIOVISUAL MALAYSIA (HARI KEENAM)

World Heritage Moving Image Centre, Yayasan Hasanah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, UNESCO Memory of the World Committee for Asia and the Pacific, serta Asia Culture Center telah bekerjasama dalam projek penerbitan sebuah buku istimewa dwi-bahasa (bahasa Melayu & Inggeris) yang menampilkan 30 buah koleksi audio visual berharga yang dimiliki dan berada dalam simpanan negara. Koleksi audio-visual ini termasuklah yang disimpan oleh Finas Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Filem Negara).

Buku ini menjadi salah satu usaha mendokumentasi, serta menyebarluas kepentingan koleksi audiovisual negara kepada masyarakat umum; dalam usaha mewujudkan apresiasi dan rasa inklusif seluruh masyarakat.

Pelancaran ini selari dengan Kuala Lumpur yang diangkat menjadi Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO pada tahun 2020 ini.

06 sabtu.jpg

MALAM PENUTUP SAMBUTAN HARI WARISAN AUDIOVISUAL SEDUNIA 2020 (HARI KETUJUH)

Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2020 sampai ke penghujung malam ini. Acara penutup malam ini menampilkan ucapan pengarah sambutan dan pelancaran awal Festival Filem UNESCO Kuala Lumpur 2021. Seminggu yang penuh pengisian, dari tayangan, perbincangan, penghargaan khas, dan pelancaran buku, diharapkan sedikit sebanyak memperkenal dan meningkatkan apresiasi khalayak terhadap khazanah audiovisual negara. Terima kasih kepada semua yang telah mengikuti siaran langsung penganjuran festival virtual tahun ini.

07 ahad.jpg
 
  • Facebook

©2020 by World Heritage Moving Image Centre

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now