TENTANG KAMI

World Heritage Moving Image Centre

World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan pada tahun 2016, bertujuan bagi meraikan khazanah warisan imej bergerak (audio-visual).

WHMIC mula menggerakkan operasi dengan memfokuskan kepada penganjuran aktiviti dan program berkaitan warisan audio-visual dengan fokus di Malaysia. Ia adalah sebuah perancangan aktiviti dan program bagi meraikan khazanah warisan imej bergerak yang dimiliki Malaysia melalui tiga pendekatan utama iaitu kesedaran (awareness), advocacy (advokasi) dan jangkauan (outreach).

Dalam konteks WHMIC, warisan imej bergerak merujuk kepada koleksi audio-visual, termasuk filem dokumentari dan cereka yang mempunyai signifikan tertentu terhadap masyarakat dalam pelbagai konteks seperti sejarah, budaya, serta sosial.

Selain usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan, pihak kami melihat pentingnya untuk khazanah ini diraikan, dalam erti kata lain perlunya dimeriahkan lagi dengan aktiviti dan usaha menyebarluas dan membina apresiasi terhadapnya dalam khalayak masyarakat sivil.

DSC07944.JPG